ADEQ SUE RESOURCES SDN. BHD.

Featured 

 Sauces And Paste / Posted 5 months ago by mridzuan arahman / 96 views

About Us..

Adeq Sue Resources Sdn. Bhd. (Adeq Sue) telah ditubuhkan secara rasmi pada 19 Mac 2014 dan merupakan syarikat milik penuh bumiputera. Aktiviti perniagaan utama Adeq Sue Resources Sdn. Bhd. ialah menghasilkan  Pes Ikan Bakar. Selain itu, terdapat beberapa produk lain yang  dihasilkan iaitu Pes Ikan Bakar Petai, Pes Ikan Bakar Tempoyak, Sos Tiga Rasa, Sambal Ikan Bilis, Sambal Belacan dan Pes Tomyam. Perniagaan beroperasi di kilang utama yang bertempat di Lot Rumah Kedai Taman Permint Perdana II, Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu.

Perniagaan ini dimulakan kira-kira 3 tahun yang lepas apabila pemilik menjalankan perusahaan kedai makan yang menjadikan ikan bakar sebagai menu utama dengan nama Adeq Sue Ikan Bakar di bawah perniagaan milikan tunggal Adeq Sue Enterprise. Bermula dari situ, perusahaan tersebut telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelanggan dan mendapat banyak permintaan agar perniagaan Adeq Sue Enterprise menghasilkan sos ikan bakar segera.  Bertitik tolak dari itu, pemilik membuat keputusan untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan memberi fokus kepada penghasilan pes & sos dengan menubuhkan syarikat Adeq Sue Resources Sdn. Bhd.

Dianugerahkan sijil HALAL daripada  JAKIM (Mac 2015), produk AdeqSue telah berada pasaraya-pasaraya besar di seluruh Malaysia seperti Pasaraya Giant, Pasaraya Mydin, Pasaraya TESCO, Pasaraya Aeon Big, Pasaraya Aeon Mall dan banyak lagi pasaraya lain. Untuk pasaran eksport, produk AdeqSue telah berjaya menembusi pasaran Singapura,Arab Saudi, Australia dan United Kingdom.

Kini, AdeqSue di dalam usaha untuk meluaskan pasaran di Timur Tengah dan Eropah.

Contact details

Lot 20528 & 20529 RUMAH KEDAI PERMINT PERDANA II, SEBERANG TAKIR, 21300 KUALA TERENGGANU TERENGGANUMalaysia,ASEAN,21300 +601159079869 myadvis@gmail.com http://adeqsue.com/

Contact this listing owner

1 Comment

  1. Best tau produk syarikat nie.. sekali cuba nak lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2020 - ASEANTRADE.BIZ Powered by Loonaq Technologies PLT.

Theme by Anders Norén